fbpx
SEORANG pekerja kilang maut selepas melanggar dahan pokok yang tumbang di atas jalan sebelum tercampak dan dilanggar kenderaan lain di Kilometer 51 Jalan Sungai Rengit – Kota Tinggi pagi tadi.

Niat cari rezeki terhenti, pekerja kilang maut langgar dahan pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar dahan pokok yang tumbang di atas jalan sebelum tercampak dan dilanggar kenderaan lain di Kilometer 51 Jalan Sungai Rengit – Kota Tinggi pagi tadi.

Mangsa maut dikenali sebagai Kizer Jaafar, 59, merupakan pekerja kilang dan ketika kejadian dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Pasir Gudang.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihak polis menerima maklumat kemalangan itu pada pukul 6.05 pagi melibatkan motosikal jenis Yamaha Lagenda 115ZRI yang ditunggang mangsa dengan Perodua Viva dipandu lelaki tempatan berusia 59 tahun.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa dari arah Kota Tinggi menghala ke Sungai Rengit terbabas setelah melanggar dahan pokok yang tumbang di atas jalan lalu tercampak di atas jalan raya sebelum dilanggar oleh Perodua Viva yang tidak sempat mengelak.

“Dalam kemalangan tersebut, penunggang motosikal telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, pemandu Perodua Viva bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dan kes masih dalam siasatan polis dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI