fbpx
Grafik yang dikongsikan Mohd Na'im di media sosial rasminya, hari ini.

Muslim Choice: Jangan kelirukan pengguna Islam, KPDNHEP tegas bertindak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan bertindak tegas terhadap Pasukan Pemantau Mesra Muslim (Muslim-Friendly Watch – MFW) sekiranya gagal mematuhi amaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkaitan promosi dan pengiktirafan Muslim Choice.

Langkah itu dibuat hasil perbincangan di antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali.

Perkara itu dikongsikan Mohd. Na’im menerusi media sosial miliknya, hari ini.

Terdahulu menurutnya, beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Jakim untuk segera mengeluarkan kenyataan amaran rasmi kepada pihak MFW.

“Jangan kelirukan pengguna Islam. Pihak MFW diarahkan agar menarik balik segala bentuk promosi dan pengiktirafan Muslim Choice yang boleh mengelirukan pengguna Islam.

“KPDNHEP akan mengambil tindakan tegas di bawah Akta Perihal Dagangan atas kesalahan penyalahgunaan logo halal atau sebarang bentuk pengiktirafan yang mengelirukan,” ujarnya.

Kosmo sebelum ini melaporkan, Jakim menegaskan penggunaan istilah Muslim Choice yang diperkenalkan MFW bukanlah suatu perakuan atau penandaan halal yang diiktiraf oleh pihak berkuasa,

Ketua Pengarahnya, Datuk Sirajuddin Suhaimee berkata, pengguna istilah itu juga boleh mengelirukan masyarakat berhubung status halal sesuatu produk atau premis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI