fbpx
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kurau membawa keluar mayat mangsa yang terbabas ke dalam sungai berhampiran kebunnya petang tadi. - Foto IHSAN JBPM

Lelaki maut motosikal terbabas dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LARUT – Seorang lelaki berusia lingkungan 50 tahun telah ditemui meninggal dunia di sebatang anak sungai berhampiran kebun miliknya di Lata Telaga 7, Kampung Repoh, Batu Kurau di sini petang tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, mangsa dipercayai telah terbabas sewaktu menaiki motosikal di kawasan lereng bukit lalu terjatuh ke dalam sungai.

“Pihak polis memaklumkan kepada pihak bomba untuk mendapatkan bantuan dan setibanya jentera di tempat kejadian, anggota terpaksa melalui jalan sempit dan menggunakan kenderaan utiliti untuk ke kawasan sungai sejauh 1 kilometer (km) dari jalan besar.

“Ketua operasi melaksanakan size-up seterusnya mengarahkan anggota membuat pemantauan terlebih dahulu sementara menunggu penyiasatan dari pihak polis selesai,” katanya di sini hari ini.

Shazlean berkata, setelah selesai siasatan polis dijalankan, anggota bomba telah membantu mengambil mayat mangsa dari dalam sungai dan mengangkatnya ke atas.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN