fbpx
Jalan Kenari di Sungai Ara ditutup sementara akibat kejadian lubang benam.

Kejadian lubang benam: Tiada mangsa cedera, kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Jalan Kenari di Sungai Ara di sini ditutup sementara untuk laluan pengguna susulan kejadian lubang benam (sinkhole) yang berlaku petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari berkata, kejadian berlaku pada pukul 6.40 petang di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Ara melibatkan lubang berukuran 5 meter panjang, 3.5 meter lebar dan 1.9 meter dalam.

”Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan dilaporkan dalam insiden berkenaan.

”Pihak JKR telah mengambil tindakan segera dengan memasang penghadang plastik dan menutup sementara jalan berkenaan bagi tujuan lencongan trafik ke Jalan Sungai Ara 1, Jalan Persiaran Relau serta Jalan Kedidi,” katanya di sini, hari ini.

Semalam berlaku insiden lubang benam di Jalan Kenari, Sungai Ara sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna jalan raya.

Insiden itu menarik perhatian penduduk sekitar yang turut berkongsi gambar kejadian di media sosial, menzahirkan kebimbangan terhadap keadaan struktur jalan di kawasan terbabit.

Zairil berkata, JKR turut memohon kerjasama daripada Perbadanan Bekalan Air (PBA) dan Indah Water Konsortium (IWK) untuk menjalankan siasatan aset, manakala punca sebenar kejadian masih memerlukan kajian terperinci.

”JKR komited memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan akan mengemaskini perkembangan segera,”katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI