PETALING JAYA – Keluarga murid yang meninggal dunia dalam tandas sekolah di Senawang, Negeri Sembilan pada 1 Oktober lalu menuntut keadilan ke atas kematian anak mereka dan mahu siasatan dijalankan dengan telus. Mekanik, Muhammad Hafizuddin Abdullah, 40, berkata, anaknya tidak sepatutnya pergi dengan cara sedemikian dan mahu siasatan dilakukan sampai habis sama ada melibatkan unsur buli atau ugutan. Katanya, setakat ini dia tidak menerima panggilan atau penjelasan rasmi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung kes anaknya, Allahyarham Iman Zhafran, 10.……














