fbpx
CHELSEA masih segar dengan kejayaan mencatat kemenangan 1-0 ke atas Spurs dalam derbi London pada Ahad lalu. - AFP

Chelsea tak sabar gempur Qarabag

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Chelsea dianggap berada dalam keadaan cukup sempurna bagi memperbaiki kedudukan dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menjelang aksi menentang Qarabag FK di Stadium Tofiq Bahramov awal pagi esok.

The Blues masih lagi segar dengan kemenangan penting ke atas musuh setempat, Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad lalu sekali gus menjadi pembakar semangat untuk perlawanan nanti.

Pemain tengah, Enzo Fernandez melaungkan keyakinan bahawa dia dan rakan sepasukan sudah bersedia sepenuhnya untuk menggalas cabaran berdepan pasukan dari Azerbaijan itu di gelanggang lawan.

“Kami sudah pun bersedia untuk beraksi di mana-mana sahaja kerana semua pemain sangat gemar bermain dalam UCL. Bagi saya, ini merupakan salah satu pertandingan terbesar di dunia.

“Tahun lalu, kami berjuang habis-habisan bagi melayakkan diri beraksi dalam pertandingan ini. Setiap perlawanan sangat penting dan kami tidak boleh memandang rendah kemampuan lawan,” katanya.

Pada masa sama, pemain Argentina itu turut mengharapkan aksi terbaik dari seorang lagi tonggak The Blues, Moises Caicedo bagi membantunya mendominasi bahagian tengah ketika perlawanan itu nanti.

“Apa yang saya boleh cakap mengenainya adalah saya kagum dengan Caicedo. Dia seorang pemain yang sangat rajin, merendah diri dan seperti sebuah mesin. Saya harap dia terus bermain seperti ini,” ujar Fernandez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI