fbpx
Kesan lebam pada tubuh badan seorang wanita didakwa dipukul suami.

Bini berbirat dilibas ‘hanger’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita tampil mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga apabila mengalami kecederaan akibat dipukul oleh suaminya dalam kejadian di kediaman mereka baru-baru ini.

Menurut wanita dikenali Amira, kejadian tersebut meninggalkan trauma kepada dirinya meskipun baru sahaja mendirikan rumahtangga dengan lelaki berkenaan.

“Dah pukul, siksa aku begini? Sekarang ugut aku pula paksa keluarga aku tarik laporan? Kau siksa anak orang. Belum setahun kahwin, tapi kau pukul dia teruk macam ini,” kata Amira.

Amira berkata, dia telah membuat dua laporan polis sebelum ini, namun mendakwa insiden itu tetap berterusan.

“Laporan polis dah buat tapi berani pukul lagi sebab kepala stim. Saya hidup dalam ketakutan. Bila cakap nak berubah. Rupanya wayang semata-mata,” ujarnya.

Dalam pada itu, Amira turut memohon doa orang ramai supaya diberi kekuatan untuk menghadapi ujian tersebut selain menyatakan kesan parut pada tubuhnya masih belum pulih sehingga kini.

“Doakan saya kuat hadap lelaki mental kuat ugut. Dah kahwin baru terserlah semua. Nak patah balik tak boleh, hadap sahaja ikut undang-undang,” jelasnya.

Terdahulu, tular di media sosial hantaran yang dimuat naik oleh Amira bersama beberapa foto memaparkan kecederaan yang dialami olehnya.

Selain kesan lembam di lengan, Amira turut menunjukkan kesan pukulan penyangkut baju yang berbekas pada tubuhnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN