fbpx
Gambar menunjukkan bilik pameran Tesla. - Christopher Sadowski

Anak saman Tesla, ibu bapa maut terkunci dalam kereta ketika kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADISON, WISCONSIN – Sebuah keluarga di negeri Wisconsin menyaman syarikat pengeluar kenderaan elektrik (EV) Tesla selepas lima orang maut akibat terperangkap di dalam kenderaan itu semasa terbakar, lapor akhbar Metro UK. 

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Negeri Wisconsin, Jumaat lalu. 

Jeffrey Bauer, 54 dan isterinya, Michelle, 55, adalah antara mangsa yang terbunuh selepas Tesla Model S yang dinaiki mereka melanggar sebatang pokok lalu terbakar di Verona pada 1 November tahun lepas. 

“Kesemua penumpang tidak dapat menyelamatkan diri apabila pintu Tesla itu gagal dibuka, menyebabkan mereka terperangkap. 

“Seorang pemilik rumah bergegas menghubungi pasukan kecemasan selepas mendengar penumpang menjerit meminta bantuan di dalam Tesla itu,” demikian menurut tuntutan yang difailkan oleh empat anak Jeffrey dan Michelle. 

Pejabat syerif tempatan mengesahkan bahawa sejumlah mayat ditemukan di tempat duduk hadapan, menunjukkan mereka bergelut untuk menyelamatkan diri semasa kejadian. 

“Pilihan reka bentuk Tesla mencipta risiko yang boleh dijangka iaitu penumpang yang terselamat daripada nahas akan kekal terperangkap di dalam kenderaan terbakar,” tulis peguam mereka dalam tuntutan itu. 

Tuntutan itu mendakwa Tesla cuai, selain menuduh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Elon Musk menyedari risiko kebakaran yang boleh memusnahkan bateri kereta sekali gus menghalang pintu untuk terbuka secara automatik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI