PORT DICKSON – Kemunculan seekor enggang yang dikongsikan pengguna media sosial di daerah ini semalam menjadi petanda kawasan hutan di negeri ini masih lagi sihat. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri berkata, spesies enggang oriental pied hornbill atau enggang kelingking itu memang ada di Semenanjung Malaysia. “Bilangan spesies enggang lebih banyak di Semenanjung berbanding di Borneo. “Selain itu, kesemua spesies enggang boleh dijumpai di Royal Belum, Perak. Di sini pula, masih banyak hutan…















