fbpx
Hui Ying bersama Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, Datuk Abu Tariq Jamaluddin merasmikan Majlis Sambutan Hari Inovasi Dan Integriti HASiL 2025 di Menara HASiL Cyberjaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

Sistem e-Invois rekod 106,000 pengguna, capai RM675 juta transaksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CYBERJAYA – Pelaksanaan sistem e-Invois oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) menunjukkan pencapaian memberangsangkan apabila lebih 106,000 pembayar cukai dilaporkan menggunakan sistem itu dengan jumlah transaksi direkodkan melebihi RM675 juta setakat ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, pencapaian itu mencerminkan kejayaan agenda pendigitalan hasil negara yang bukan sahaja mempercepat urusan percukaian, malah memperkukuh ketelusan dan integriti sistem kewangan awam.

“Langkah ini adalah satu lonjakan besar dalam transformasi sistem percukaian negara. Ia bukan sekadar tentang kecekapan, tetapi membina keyakinan rakyat terhadap keadilan dan ketelusan sistem cukai” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Inovasi dan Integriti HASiL 2025.

Beliau berkata, LHDN bukan sekadar agensi pemungut cukai, tetapi menjadi tonggak penting dalam membina kepercayaan rakyat terhadap sistem kewangan kerajaan.

“Hasil negara bukan sekadar angka dalam laporan kewangan. Ia adalah sumber kepada pembangunan sekolah, hospital, jalan raya dan bantuan yang sampai kepada rakyat,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan bahawa Sistem Taksir Sendiri (STS) duti setem akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2026, sekali gus membolehkan pembayar duti menaksir sendiri kadar dan amaun duti setem. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI