fbpx
LING CHING mendapat pujian Rexy kerna sentiasa menunjukkan sikap tidak mudah menyerah kalah.

Semangat Ling Ching boleh jadi inspirasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARISAN pemain perseorangan lelaki negara tidak boleh mudah berputus asa untuk melakar kebangkitan meskipun menampilkan aksi tidak seperti yang diharapkan sepanjang saingan musim ini.

Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky yang turut memantau perkembangan pemain-pemain perseorangan mengakui pasukan negara masih lemah dalam sektor tersebut.

Justeru, beliau mahu pemain-pemain perseorangan lelaki negara menjadikan perseorangan wanita, Wong Ling Ching sebagai inspirasi untuk melakukan kebangkitan dan mempamerkan kemampuan sebenar.

Kebangkitan pemain-pemain perseorangan lelaki amat diharapkan dalam persiapan skuad badminton negara menghadapi Piala Thomas di Horsens, Denmark pada April tahun depan.

“Saya mengharapkan kejayaan pasukan beregu lelaki mampu menjadi motivasi kepada pemain-pemain perseorangan. Kita lihat perseorangan lelaki sekarang tidak berapa baik, contohnya Justin Hoh dengan aksi tidak menentu.

“Harapan saya supaya perseorangan lelaki menjadikan Ling Ching sebagai inspirasi. Sebelum ini, dia seperti mudah mengalah dan emosi tetapi di Johor baru-baru ini, karakternya berbeza,” kata Rexy.

Pada Malaysia Super 100 di Iskandar Puteri, Johor bulan lalu, Ling Ching berjaya melangkah ke perlawanan akhir sebelum tewas 18-21, 11-21 kepada bekas juara dunia dari Jepun, Nozomi Okuhara.

Tambah Rexy, prestasi dipamerkan pemain No. 64 dunia itu pada Malaysia Super 100 dan Indonesia Masters II membuktikan bahawa dia sudah berada di landasan terbaik bagi mencapai potensi sebenar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI