fbpx
Satu kejadian lubang benam (sinkhole) dilaporkan berlaku di Jalan Dato Ismail Hashim, Sungai Ara, Bayan Lepas di sini, hari ini sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna jalan raya.

Lubang benam besar dikesan di Sungai Ara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Satu kejadian lubang benam (sinkhole) dilaporkan berlaku di Jalan Dato Ismail Hashim, Sungai Ara, Bayan Lepas di sini, hari ini sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna jalan raya.

Menurut Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari, pasukan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri telah digerakkan ke lokasi sebaik menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan bagi melaksanakan kerja-kerja mitigasi kecemasan.

”Pasukan JKR kini di lokasi untuk menilai tahap kerosakan dan menjalankan kerja-kerja pembaikan segera bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya,” katanya di sini ,hari ini. Insiden itu menarik perhatian penduduk sekitar yang turut berkongsi gambar kejadian di media sosial, menzahirkan kebimbangan terhadap keadaan struktur jalan di kawasan terbabit.

Zairil turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan mematuhi arahan kakitangan bertugas di kawasan berkenaan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI