fbpx
Ameera Khan sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila sekali lagi dikatakan memadam foto-fotonya bersama kekasih, Jefri Nichol dalam Instagram.

Padam gambar bersama, Ameera, Jefri putus cinta lagi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial sensasi, Ameera Khan sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila sekali lagi dikatakan memadam foto-fotonya bersama kekasih, Jefri Nichol dalam Instagram.

Jefri yang merupakan pelakon terkenal dari Indonesia turut dilihat melakukan hal yang sama dalam akaun Instagram miliknya.

Netizen yang perasaan tentang perkara ini mula mempersoalkan adakah pasangan merpati duo sejoli itu sudah putus cinta.

“LMK (singkatan nama Ameera) sudah putus dengan Jefri ke? Gambar masing-masing dah padam,” tulis seorang pengguna akaun Threads.

Selain memadam gambar masing-masing, kedua-dua mereka dilihat turut menyahikut akaun Instagram masing-masing.

Walaubagaimanapun, Jefri dilihat masih lagi mengikuti akaun Instagram kakak kepada Ameera iaitu Neelofa dan Noor Nabila.

Sebelum ini, pasangan sama cantik sama padan itu sering menjadi perhatian netizen dari Malaysia dan Indonesia dek kemesraan yang ditayangkan mereka dalam Instagram.

Kedua-dua mereka juga pernah menghadiri acara minggu fesyen di luar negara bersama dan kerap bercuti bersama.

Malah Jefri juga pernah ke rumah Ameera atau nama lengkapnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, 25, dan kelihatan sangat mesra bersama ibu serta ahli keluarganya yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI