TAMPIN – Cadangan untuk membina Muzium Kereta Api Gemas didakwa tidak dapat direalisasikan apabila terdapat ura-ura ia hanya dijadikan sebagai lokasi nostalgia di stesen sistem pengangkutan itu. Ahli Dewan Undangan Negeri Gemas, Ridzuan Ahmad berkata, pihaknya kecewa apabila hasrat orang ramai untuk mendapatkan pelbagai maklumat mengenai sejarah kereta api bakal terkubur dengan penukaran cadangan itu. Katanya, muzium itu akan digantikan dengan suasana nostalgia Stesen Kereta Api Lama Gemas. “Lokasi itu berpotensi menjadi muzium kerana ia terletak di titik pertemuan antara…














