fbpx
Fadil ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Namewee akan dipanggil, kematian pempengaruh Taiwan diklasifiksi kes bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis tidak menolak kemungkinan akan menahan Pengarah dan pemuzik sensasi, Wee Meng Chee atau Namewee kes kematian seorang wanita warga Taiwan di sebuah hotel di ibu negara bulan lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, sebelum ini pihaknya mengklasifikasikan kes berkenaaan sebagai mati mengejut (SDR), namun kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, Namewee difahamkan berada di lokasi itu ketika kejadian berlaku.

“Siasatan sedang berjalan, (polis) akan ambil dari semua sudut siasatan. Kita akan kaji balik semua pergerakan mangsa, tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Pencegahan Jenayah bersama Institut Pendidikan Islam Wilayah Persekutuan, hari ini.

Tambah beliau, wanita itu dilaporkan berada di negara ini selama empat hari bermula 20 Oktober lalu dan pulang ke negara asalnya pada 24 Oktober lalu.

“Namun, mangsa ditemui mati pada 22 Oktober lalu di sebuah hotel di ibu negara,” ujarnya.

Fadil berkata, siasatan lanjut berhubung kes berkenaan masih diteruskan oleh pihaknya.

“Kita sudah mengambil beberapa keterangan melibatkan kakitangan hotel serta pihak keselamatan.

“Kami sangat-sangat memerlukan bantuan orang awam untuk memberi kerjasama. Sekiranya ada informasi berkaitan dengan kes ini, sila tampil kepada pihak polis,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya kini masih menunggu hasil laporan bedah siasat toksikologi mangsa.

Menurut laporan media, Namewee telah bertemu dengan pempengaruh berkenaan dikenali sebagai Hsieh Yu-hsin di sebuah hotel untuk membincangkan kerjasama.

Sin Chew Daily melaporkan semasa pertemuan itu, Hsieh, juga dikenali sebagai Iris Hsieh, telah pergi mandi tetapi tidak keluar dari bilik mandi dan kemudiannya ditemui mati oleh Namewee.

Namewee juga dilaporkan telah menghubungi talian kecemasan pada pukul 12.30 tengah hari, 22 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI