PETALING JAYA – “Ini nak masak pun serba salah”. Itu reaksi seorang wanita selepas seekor udang kara yang dibeli, ‘beranak’ secara tiba-tiba ketika sedang bersiap untuk memasaknya.
Menerusi hantaran pengguna Threads @Nurtyara_wong, anak-anak udang kara itu sedang mengerumuni ibunya memenuhi sinki.
Video berdurasi 10 saat itu meraih perhatian netizen secara tidak langsung dengan nasib udang kara tersebut.
Menjengah ke ruang komen, ramai meluahkan rasa serba salah terhadap situasi itu, malah ada yang mencadangkan agar haiwan tersebut dilepaskan semula ke habitat asal.
“Kalau kakak bela udang kara itu, memang dapat stok udang kara seumur hidup,” komen @Fizasamsuri
“Jangan masak dia (udang kara) itu, nanti anak-anaknya tak dapat menyusu,” komen @Sweetpotato
“Nak bela boleh tapi jangan lepaskan ke anak sungai sekiranya malas pelihara kemudian hari,” komen @Maaji. – KOSMO! ONLINE














