fbpx
XHAKA (tengah) meraikan jaringan penyamaannya ketika seri 1-1 dengan Everton di Stadium of Light awal pagi tadi.

EPL: Xhaka lonjak Sunderland ke tangga keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNDERLAND – Kapten Sunderland, Granit Xhaka muncul penyelamat apabila meledak gol penyamaan 1-1 ke atas Everton di Stadium of Light awal pagi tadi sekali gus melonjakkan kelab itu kembali ke kelompok empat teratas.

Meskipun seri tetapi ia dilihat satu pencapaian membanggakan buat The Black Cats memandangkan mereka baru sahaja dinaikkan pangkat ke kancah tertinggi EPL musim ini, namun masih berupaya mencipta kejutan berada di tangga keempat.

Selepas mengharungi 10 perlawanan, Sunderland cuma tewas dua perlawanan tetapi cemerlang dengan lima kemenangan dan tiga seri selain menjaringkan 12 gol serta lapan bolos.

“25 minit pertama kami tidak cukup baik. Pada tahap ini, anda akan dihukum, tetapi separuh masa kedua kami bermain dengan sangat baik,” kata Xhaka yang turut meluahkan kekecewaan gagal mencatat kemenangan untuk melonjak ke tangga kedua.

Xhaka hanya mengambil masa kurang seminit selepas sepak mula babak kedua apabila rembatannya terkena pemain pertahanan Everton, James Tarkowski sekali gus menewaskan penjaga gol, Jordan Pickford pada minit ke-46.

Ia sekali gus memadam jaringan awal Everton hasil jaringan mengagumkan Illiman Ndiaye pada minit ke-15.

Menariknya, Sunderland masih lagi berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah mereka di laman sendiri musim ini selain mencatat permulaan cemerlang dalam kempen liga utama buat kali pertama selepas lapan musim. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI