fbpx
Badrul Hisham (dua dari kanan) bersama peguamnya hari ini.

Chegu’bard bebas pertuduhan fitnah rosakkan nama baik YDPA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan Ketua Bahagian Bersatu Port Dickson Badrul Hisham Shaharin daripada pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang boleh menjejaskan nama baik Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Hakim Norma Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan terhadap tertuduh.

“Setelah meneliti keterangan dan hujahan daripada kedua-dua belah pihak, tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa perlu dipanggil membela diri,” kata hakim itu.

Dalam prosiding hari ini, Badrul Hisham, 46, diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Sabri Othman.

Seramai empat saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan sejak hari pertama perbicaraan pada 16 Mei lalu yang mana antaranya ialah pengadu dari Istana Negara, dua saksi dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta pegawai penyiasat kes.

Pada 29 April 2024, Badrul Hisham atau dikenali dengan nama panggilan Chegu’bard,
didakwa telah mengeluarkan kenyataan fitnah, dengan ada sebab untuk mempercayai bahawa kenyataan fitnah itu akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara di sini pukul 6 petang pada 22 Januari 2024, mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI