SEREMBAN – Jabatan Peguam Negara (AGC) memberi arahan terkini untuk polis mengambil tindakan segera untuk menyiasat kes kematian murid lelaki tahun empat yang ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah tandas sekolah di Senawang, 1 Oktober lalu.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, arahan itu diberi selepas pihaknya menerima kertas siasatan yang dipulangkan semula kepada mereka.
“Kita minta mana-mana pihak supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan ketika ini. Polis akan memaklumkan keputusan siasatan sebaik sahaja mendapat arahan dari Pejabat Peguam Negara,” katanya.
Pada 1 Oktober lalu, seorang murid meninggal dunia di dalam tandas sekolah yang berpunca akibat tekanan pada leher.
Semalam, Kosmo! keluarga mangsa mahu pihak pendakwaan membuka satu inkues bagi menentukan punca sebenar kematian kanak-kanak itu. – KOSMO! ONLINE














