fbpx
Dr. Dzulkefly pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Program Memperkasa Pesakit Yang Hidup Dengan Diabetes (ERAT) di Putrajaya di sini, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

3.6 juta rakyat hidap diabetes, KKM perkukuh strategi urus kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Kementerian Kesihatan (KKM) terus memperkukuh strategi penjagaan diabetes negara menerusi pelancaran Program Memperkasa Pesakit Yang Hidup Dengan Diabetes (Erat), iaitu sebuah inisiatif membantu pesakit mengurus kesihatan dengan lebih baik.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, program itu membawa pendekatan baharu dengan menggabungkan pendidikan, pemahaman tingkah laku dan pengurusan kendiri bagi membantu pesakit mengambil alih kawalan terhadap kesihatan mereka.

“Angka ini amat membimbangkan. Kira-kira 3.6 juta orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes dan hampir separuh daripada mereka tidak mengetahui mereka menghidap penyakit ini.

“Ini menunjukkan bahawa kita perlu bertindak segera dan secara strategik untuk mengenal pasti golongan berisiko, memperkukuh langkah pencegahan serta memastikan rawatan berterusan kepada mereka yang telah didiagnosis.

“Kita juga mesti memastikan semua rakyat Malaysia mendapat bantuan dan pengetahuan yang diperlukan untuk mengurus kesihatan mereka dengan lebih baik,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program ERAT bersempena Hari Diabetes Sedunia 2025 di sini hari ini.

Program transformatif itu dibangunkan melalui kerjasama strategik antara KKM dan Persatuan Farmasi Malaysia dan Novo Nordisk bertujuan merevolusi kaedah penjagaan dan sokongan kepada pesakit diabetes dengan memanfaatkan kepakaran ahli farmasi di Klinik Pematuhan Terapi Ubat Diabetes

Statistik Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 mendedahkan, kira-kira 3.6 juta orang dewasa di Malaysia atau 18.3 peratus daripada populasi dewasa, menghidap diabetes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI