fbpx
Warga emas yang dilaporkan hilang ketika menjala ikan di kawasan longkang besar berhampiran Jalan Taman Lestari Putra, ditemui selamat, hari ini. - FOTO IHSAN JBPM

Warga emas hilang ketika menjala ditemui selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SERDANG – Seorang warga emas yang dilaporkan hilang ketika menjala ikan di kawasan longkang besar berhampiran Jalan Taman Lestari Putra, Seri Kembangan, semalam, berjaya ditemui dalam keadaan selamat pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mangsa dikenali sebagai Saharun Hashim, 74, ditemui pada pukul 9.55 pagi selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung semula pagi ini.

“Mangsa ditemui dalam keadaan sihat dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.47 malam, semalam.

“Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati seorang lelaki warga emas dipercayai hilang ketika menjala ikan di kawasan longkang besar berhampiran taman perumahan berkenaan,” ujarnya.

Katanya, operasi SAR dijalankan dalam radius 1.5 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang dengan bantuan pihak polis, keluarga dan penduduk setempat.

“Ketika pencarian dilakukan, pasukan hanya menemui motosikal milik mangsa di lokasi berkenaan sebelum operasi ditangguhkan pada pukul 10.20 malam dan disambung semula pagi ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI