fbpx
Tangkap layar keadaan trafik semasa di Lebuh Raya Elite ketika ini.

[VIDEO] Lebuh Raya Elite sesak teruk menuju ke Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kejadian sebuah treler terbakar di Kilometer 22.5 Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) arah utara dari Bandar Gamuda Cove menuju ke Putrajaya tengah hari tadi menyebabkan kesesakan lalu lintas di laluan berkenaan.

Menurut laporan di Facebook, Lembaga Lebuhraya (LLM), kejadian dilaporkan berlaku sekitar pukul 1 petang dengan lorong kiri terhalang akibat insiden tersebut.

Setakat ini, punca kebakaran masih belum diketahui namun tiada laporan kecederaan atau kemalangan jiwa diterima.
LLM turut menasihatkan pengguna lebuh raya supaya berhati-hati dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan kemalangan.

“Awasi sebarang halangan di hadapan. Berhati-hati memandu,” pesan LLM.

Selain itu, aliran trafik di KM 22.5 arah selatan turut dilaporkan perlahan susulan insiden treler terbakar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI