fbpx
Gambar hiasan.

Tiada kerosakan, kecederaan akibat gempa di Segamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAMAT – Tiada laporan kerosakan harta benda, kecederaan atau kemalangan jiwa diterima setakat ini susulan gempa bumi di daerah ini pukul 7.55 malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Segamat, Mohd. Ezzuddin Sanusi berkata, pihak berkuasa keselamatan serta agensi berkaitan kini menjalankan pemantauan lanjut.

Beliau yang juga Pegawai Daerah Segamat berkata, ini bagi memastikan keadaan di daerah ini kekal selamat terutama kepada orang awam. “Satu gegaran lemah pada magnitud 2.7 dilaporkan berlaku di daerah ini pada pukul 7.55 malam ini.

“Gegaran berkenaan dapat dirasai penduduk di beberapa kawasan sekitar daerah ini dan kawasan berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan akan terus memantau keadaan bagi memastikan keselamatan penduduk di kawasan terlibat.

Beliau meminta orang ramai bertenang dan tidak menyebarkan maklumat tidak sahih, sebaliknya mendapatkan perkembangan terkini melalui sumber rasmi seperti MetMalaysia dan agensi kerajaan lain.

“Orang awam digalakkan melaporkan sebarang insiden kecemasan kepada pihak berkuasa,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN