fbpx
BADRU RIZAL (kiri) dan Awatif menunjukkan kerang yang dikutip di Pantai Tanjung Kepa di Batu 9, Sitiawan semalam.

‘Serangan’ pantai lepas subuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Lambakan kerang-kerangan menjadi tarikan orang ramai menyerbu Pantai Tanjung Kepah di Batu 9, Sitiawan dekat sini, walaupun terpaksa datang dari jauh semata-mata untuk merasai kemeriahannya.

Pantai mula dipenuhi pelancong tanpa mengira usia untuk melakukan aktiviti riadah tersebut seawal pukul 7 pagi bagi mencari kerang, kepah dan remis.

Tinjauan mendapati, pengunjung membawa peralatan seperti baldi untuk mereka menyimpan kerang atau kepah yang dikutip di pantai itu.
Badru Rizal Rosli, 26, berkata, dia bersama isterinya, Awatif Abdul Azmi, 25, ini me­rupakan kali pertama mereka ke situ walaupun menetap di Sri Manjung.

“Banyak kandungan ber­kenaan pantai ini dapat ditonton di media sosial,” katanya.

Sementara itu, seorang pelancong dari Sekinchan, Nur Auliya Omar, 32, dia dan ahli keluarganya telah lama mahu mengutip kerang di situ.

“Sebelum ini saya dengar kawan-kawan bercerita pe­ngalaman mereka mengutip kerang di sini,” katanya.

Sementara itu, peniaga, Nurul Hidayah Md. Anuar, 43, berkata, dia gembira kerana kehadiran ramai pelancong di pantai menjana ekonomi setempat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI