fbpx
Shae dilarang menyanyikan lagu popularnya, Sayang sejak empat tahun lalu.

‘Satu-satunya lagu popular saya, rasa kerjaya dah berakhir…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Penyanyi Indonesia yang juga peserta Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), Shae terkilan apabila dilarang menyanyikan lagu popularnya, Sayang sejak empat tahun lalu.

Disebabkan itu juga dia tidak dapat menyanyikan lagu yang pernah mencipta fenomena di Malaysia sekitar tahun 2012 itu sewaktu sidang media GV12 dan konsert minggu pertama yang berlangsung semalam.

Menurut Shae atau nama sebenarnya Sheryl Gething, 31, dia kecewa dengan situasi ini kerana lagu Sayang merupakan satu-satunya lagu yang membuatkan dia dikenali ramai.

“Saya tahu ramai yang bertanya kenapa saya tidak menyanyikan lagu Sayang kerana lagu itu sangat popular di beberapa buah negara.

“Siapa sahaja yang tidak kecewa apabila satu-satunya lagu popular yang kita ada tidak dibenarkan untuk dinyanyikan lagi di mana-mana acara kerana isu undang-undang.

“Saya sangat sedih dengan situasi ini. Rasa seperti karier nyanyian saya sudah berakhir,” katanya ketika ditemui pada sidang media konsert minggu pertama GV12 semalam.

Kongsinya lagi, dia sudah menjelaskan situasi sebenar kepada pihak Astro malah memberi nombor peguamnya untuk perbincangan lanjut agar lagu Sayang boleh dipersembahkan pada konsert minggu pertama biarpun dinyanyikan oleh orang lain.

“Saya okey sahaja jika artis lain yang menyanyikan lagu itu bukan saya. Apa yang saya peduli adalah apa yang penting untuk GV12,” jelasnya.

Pada konsert minggu pertama yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam ( MBSA) semalam, Shae mendendangkan lagu yang berjudul Rindu dan diakhiri dengan lagu Sayang yang dinyanyikan penyanyi latar dan hos, Sherry Al-Hadad dan Nabila Ahmad.

Turut diundang bersamanya ialah Bobo yang pernah viral menerusi video tarian lagu Sayang sekitar 13 tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI