fbpx
TIGA suspek ditangkap polis. - Foto Hubungan Masyarakat Kepolisian Negara Republik Indonesia

Pemuda tumpang tidur di masjid meninggal dunia dipukul penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang pemuda meninggal dunia ketika menunggu waktu Subuh selepas dipercayai dipukul oleh sekumpulan lelaki di kawasan Masjid Agung Sibolga, Sumatera Utara, lapor portal berita Serambinews hari ini.

Menurut keterangan keluarganya, lelaki dikenali sebagai Arjun itu hanya mahu menumpang tidur di masjid sambil menunggu waktu Subuh. 

Malah, dia meminta izin daripada penduduk setempat sebelum berehat di kawasan masjid. 

Namun, sekitar pukul 4 pagi (waktu tempatan), mangsa ditegur seorang lelaki yang kemudian berakhir dengan pertengkaran mulut dan serangan beramai-ramai oleh beberapa rakannya, pada Sabtu lalu.

“Berdasarkan hasil siasatan, mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala selepas dipukul beramai-ramai,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah  Polis Sibolga, Inspektor Rustam E. Silaban seperti dilaporkan Detik Sumut.

Berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV), terdapat enam suspek yang terlibat dalam insiden pukul beramai-ramai itu.

Selepas kejadian, mangsa diseret keluar dari kawasan masjid oleh kumpulan lelaki itu.

Arjun kemudian ditemui tidak sedarkan diri oleh seorang penjaga masjid di kawasan tempat letak kereta. 

Dia dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan perubatan, namun nyawanya tidak dapat diselamatkan. 

Polis yang menyiasat kes tersebut telah menahan tiga suspek. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN