KUNJUNGAN pasukan Aero-Rocketry dari Universiti Putra Malaysia (UPM) ke Aksaray, Turkiye pada asalnya hanya bermatlamatkan untuk menyertai Pertandingan Roket Antarabangsa Teknofest. Namun, penyertaan pasukan yang terdiri daripada 10 pelajar itu nyata bukan sekadar untuk menjadi pelengkap kepada pertandingan tersebut, malah mereka juga telah menjadi pasukan yang mara ke pusingan akhir pertandingan roket bagi kategori antarabangsa dalam pertandingan di Aksaray itu. Lebih membanggakan, pasukan ini bukan hanya pulang dengan anugerah perak, malah turut meraih anugerah berprestij iaitu Most Inspiring Team pada……














