fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat, angin kencang landa 8 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) petang ini mengeluarkan amaran ribut petir di lapan buah negeri.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku hingga 7 malam nanti.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Kelantan melibatkan daerah Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah.

“Cuaca sama juga dijangka berlaku di Terengganu melibatkan daerah Dungun dan Kemaman,” katanya.

Sementara itu, amaran ribut petir itu juga turut dijangka bagi Pahang melibatkan Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin manakala Melaka di Jasin,” katanya.

Selain itu, MetMalaysia berkata cuaca buruk juga dijangka melanda Negeri Sembilan di Kuala Pilah, Jempol dan Tampin sementara di Johor melibatkan Tangkak, Segamat, Muar dan Mersing.

“Sementara itu cuaca buruk turut dijangka berlaku di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Limbang manakala Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan) dan Tawau (Tawau),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN