fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat, angin kencang landa 6 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) petang ini mengeluarkan amaran ribut petir di enam buah negeri.

MetMalaysia dalam satu hantaran Facebook memaklumkan, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku hingga 4 petang nanti.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Kedah melibatkan daerah Sik dan Baling.

“Cuaca sama juga dijangka berlaku di Pulau Pinang melibatkan daerah Barat Daya dan Timur Laut,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, amaran ribut petir itu juga turut dijangka bagi Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar, manakala Pahang di Tanah Tinggi Cameron,” katanya.

Selain itu, cuaca buruk juga dijangka melanda Sarawak di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong) dan Mukah.

“Sementara itu cuaca buruk turut dijangka berlaku di Sabah melibatkan Pedalaman (Beaufort),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI