fbpx
tribunal rayuan FIFA bersidang di ibu pejabat perundangan badan induk itu di Miami, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis bagi memutuskan keputusan berkenaan rayuan yang dikemukakan oleh FAM pada awal bulan lalu.

FIFA tolak rayuan FAM, tujuh pemain warisan Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sah menolak rayuan yang dikemukakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya susulan isu pemalsuan dokumen pada tahun ini.

Berdasarkan kenyataan rasmi yang dikeluarkan sebentar tadi, badan induk bola sepak dunia itu memaklumkan FAM serta tujuh pemain Gabriel Felipe, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel ditolak sepenuhnya selepas meneliti penghujahan dan prosiding pendengaran yang dijalankan.

“Jawatankuasa Rayuan FIFA telah membuat keputusan selepas meneliti semua dokumen yang dikemukakan dan mengadakan sesi pendengaran. Jawatankuasa memutuskan untuk menolak rayuan dan mengesahkan sepenuhnya hukuman yang telah dikenakan (sebelum ini),” kata FIFA dalam satu kenyataan.

FIFA turut menjelaskan FIFA dan dan semua pemain warisan Harimau Malaya telah dimaklumkan secara rasmi mengenai keputusan itu dan mempunyai tempoh 10 hari untuk memohon penghakiman bertulis penuh.

Sebaik sahaja dokumen penuh diterima, mereka mempunyai tempoh 21 hari untuk membuat rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN