fbpx
Tangkap layar video tular Prince Syed dikatakan dipukul dan diserang dalam kejadian di kawasan perumahan Taman Bertih Laut, Teluk Pulai, Klang.

Empat individu ditahan kes serang, pukul Prince Syed

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Empat termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden memukul dan menyerang seorang pempengaruh dan usahawan Prince Syed.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan KamalAriffin Aman Shah berkata, penahanan kesemua suspek berusia 22 hingga 59 tahun dilakukan semalam susulan laporan diterima daripada pengadu berusia 33 tahun.

Katanya, berdasarkan laporan itu mendapati insiden berlaku kira-kira pukul 2.40 petang di kawasan perumahan Taman Bertih Laut, Teluk Pulai di sini.
“Siasatan awal telah berlaku perselisihan faham dan pergaduhan di antara keluarga isteri dan pengadu.

“Susulan itu, tiga lelaki dan seorang wanita telah ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau bagaimanapun memaklumkan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut 324/427 Kanun Keseksaan.

“Pegawai Penyiasat dalam proses melengkapkan siasatan dan akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah ini ditalian 03-33762222 bagi membantu siasatan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Prince Syed atau nama sebenarnya, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman membuat laporan polis di Balai Polis Klang selepas mendakwa diserang dan dipukul hingga cedera di tangan dan wajah.

Suspek dikatakan memukul kepala pempengaruh itu beberapa kali menggunakan topi keledar dan menumbuknya pada bahagian wajah.

Selain itu, suspek juga dikatakan mencakar tangan Prince Syed sehingga berdarah, memecahkan cermin Proton X70 menggunakan topi keledar dan melakukan provokasi.

Terdahulu, tular di laman sosial video seorang wanita mendakwa ibu mentua Prince Syed ke sebuah rumah dan memaklumkan menantunya itu melarikan dan menghalang anak serta dan cucu berjumpa dengannya.

Dalam video sama, wanita berkenaan turut mendakwa Prince Syed berkahwin dengan Fatin Syazwani untuk menjadikan wanita itu tikus makmal dengan memaksa menjalani pembedahan bariatrik bagi menjual produk pelangsingan badan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI