fbpx
Gambar hiasan

Dewan Rakyat: Penyasaran subsidi barang keperluan dilakukan berperingkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penyasaran semula bantuan ke atas barang bersubsidi lain seperti gula, beras, dan minyak masak akan dilakukan secara berperingkat dan berfasa.

Memaklumkan perkara itu, Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata, langkah berkenaan untuk memastikan tiada ketirisan berlaku.

Selain itu katanya, ia akan menjamin subsidi hanya dinikmati oleh mereka yang benar-benar memerlukannya, seperti yang telah dilaksanakan untuk diesel dan Budi95.
“Buat masa ini, keutamaan kerajaan adalah memastikan kelancaran pelaksanaan program penyasaran subsidi bahan api seperti diesel dan Budi 95 sebagai asas kepada penstrukturan subsidi yang lebih menyeluruh,”katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) yang bertanyakan sama ada kerajaan akan memperluaskan program subsidi ke atas barangan keperluan lain seperti beras, gula dan minyak masak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN