fbpx
Suspek (tengah) menunjukkan dua pucuk pistol yang digunakan ketika kejadian tembakan semasa menyerah diri di Balai Polis Sungai Golok, Thailand semalam.

Bekas penjaga gol Kelantan FA suspek kes tembak Sungai Golok serah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI GOLOK, THAILAND – Seorang bekas penjaga gol Kelantan FA yang merupakan suspek dalam kes menembak rakyat Malaysia dengan 18 das tembakan di Kampung Bering, Sungai Golok kelmarin menyerah diri kepada polis Thailand malam tadi.

Menurut Jurucakap Balai Polis Sungai Golok, lelaki berusia awal 30-an itu menyerah diri di Balai Polis Sungai Golok malam tadi bersama dua pucuk pistol.

“Siasatan mendapati suspek mempunyai dua kerakyatan. Dua pucuk pistol yang dibawa ke balai polis dipercayai digunakan semasa kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang isteri yang sarat mengandung hanya mampu memeluk jenazah suaminya yang ditembak sebanyak 18 das oleh dua lelaki dikenali di depan rumah mereka di Kampung Bering, Sungai Golok kelmarin.

Suspek (tengah) menunjukkan dua pucuk pistol yang digunakan ketika kejadian tembakan semasa menyerah diri di Balai Polis Sungai Golok, Thailand semalam.

Kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu berlaku di depan mata Wan Fatihah apabila melihat suaminya, Mohd. Fuad yang merupakan peniaga beg terpakai secara dalam talian sedang memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI