fbpx
PENDUDUK melarikan diri dari El-Fasher pada hujung bulan lalu. - AFP

Anwar kecam kekejaman di Darfur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kebimbangan mendalam terhadap tragedi kemanusiaan yang sedang berlaku di El Fasher dan wilayah Darfur, Sudan, yang disifatkan sebagai bencana kemanusiaan besar.

Beliau berkata, apa yang sedang berlaku di sana melibatkan pembunuhan beramai-ramai, kebuluran serta perpindahan besar-besaran rakyat awam, sekali gus mengejutkan hati nurani dunia.

“Laporan mengenai kekejaman yang mungkin menjurus kepada jenayah terhadap kemanusiaan, malah genosid, amat tidak boleh diterima,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Anwar turut menyeru penghentian segera keganasan dan menegaskan perlunya perlindungan terhadap orang awam mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Katanya lagi, Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Sudan dan menggesa masyarakat antarabangsa bertindak segera bagi menghentikan penderitaan, memulihkan akses bantuan kemanusiaan serta menyokong proses damai dan akauntabiliti yang kredibel. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI