fbpx
Orang ramai membantu mengangkat ambulans yang terbalik. - NDTV

Ambulans dipandu laju rempuh tiga motosikal di persimpangan lampu isyarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Sebuah ambulans di Bengaluru merempuh beberapa buah motosikal yang berhenti di persimpangan lampu merah, mengakibatkan sepasang suami isteri maut di tempat kejadian, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.

Insiden berlaku  pukul 11 malam (waktu tempatan) Sabtu lalu apabila ambulans yang dipandu laju itu merempuh penunggang motosikal dari arah belakang.

Ambulans melanggar tiga motosikal dan menyeret salah satu daripadanya sejauh beberapa meter, sebelum berhenti selepas melanggar pondok polis.

Dua mangsa yang dikenali  sebagai Ismail, 40, dan isterinya, Sameen Banu meninggal dunia di tempat kejadian. 

Dua lagi mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan.

Polis menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian dan melancarkan siasatan terhadap punca kemalangan, manakala pemandu ambulans kini ditahan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI