fbpx
Sultan Ibrahim selamat tiba di Terminal Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid, Riyadh, hari ini. Foto OFFICIALSULTANIBRAHIM

Agong selamat tiba di Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selamat tiba di Terminal Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid, Riyadh hari ini pada pukul 12.30 tengah hari waktu tempatan Arab Saudi.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Putera Mohammed Abdulrahman Abdulaziz Al-Saud, Timbalan Gabenor Riyadh dan Putera Faisal Abdulaziz bin Ayyaf, Datuk Bandar Riyadh.

Turut berangkat sama mengiringi Yang di-Pertuan Agong pada lawatan negara kali ini ialah Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Hadir sama, Menteri Pertahanan yang juga berperanan selaku Menteri Pengiring bagi lawatan ini, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Amran Mohamed Zin, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Syed Bakri Syed Abdul Rahman, Ketua Protokol Kementerian Luar Negeri, Ikram Mohd Ibrahim, Ketua Pegawai Istiadat, Datuk Rozainor Ramli dan Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini.

Kali terakhir lawatan negara oleh Yang di-Pertuan Agong ke Arab Saudi berlangsung pada tahun 1984 oleh Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Hubungan diplomatik Malaysia dan Arab Saudi terjalin kukuh sejak 68 tahun lalu, dengan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, geopolitik dan hal ehwal agama Islam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI