JAKARTA – Monarki Keraton Solo iaitu Raja Paku Buwono XIII mangkat hari ini selepas lama dirawat di hospital, lapor laman berita DetikJateng.
Berita kemangkatan tersebut disahkan oleh wakilnya, KPAA Ferry Firman Nurwahyu Pradotodiningrat.
“Saya menerima berita dari keraton bahawa Raja Paku Buwono mangkat pagi ini,” kata Ferry Firman.
Menurutnya, monarki berkenaan jatuh sakit sudah sekian lama dan dirawat di hospital sejak September lalu.
“Baginda dirawat sejak 20 September 2025,” tambahnya.
Raja Paku Buwono XIII mangkat pada usia 77 tahun, manakala jenazah baginda akan disemayamkan di Keraton Surakarta sebelum upacara pemakaman. – AGENSI














