fbpx
Anwar.

PM sakit belakang, batal lawatan ke Pahang hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa membatalkan lawatan kerja ke Pahang yang dijadualkan pada hari ini selepas mengalami masalah sakit belakang.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pembatalan pada saat akhir itu dibuat atas nasihat pasukan perubatan selepas Anwar dilaporkan mengalami kesakitan yang menyebabkan pergerakannya terbatas.

“Atas nasihat doktor, Perdana Menteri dinasihatkan agar mendapatkan rehat yang mencukupi,” kata kenyataan itu. PMO turut memaklumkan bahawa Anwar menyampaikan permohonan maaf, khususnya kepada rakyat Pahang.

“Perdana Menteri memohon maaf setulusnya, khususnya kepada rakyat Pahang yang telah bersiap sedia menyambut kehadiran beliau,” ujar kenyataan sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI