fbpx
Fadil (tengah) ketika menamatkan kejohanan Ironman Malaysia di Pulau Langkawi, semalam.

PDRM tempa sejarah, Blade tamatkan Ironman 16 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempa sejarah dalam kejohanan sukan lasak Ironman Malaysia dan Ironman 70.3 Langkawi 2025 di Pulau Langkawi, semalam.

Dalam kejohanan itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus menjadi ketua polis negeri pertama yang berjaya menamatkan Ironman Malaysia.

Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, Fadil atau lebih dikenali sebagai ‘Blade’ mengetuai 18 pegawai dan anggota PDRM.

Blade mengharungi menyelesaikan cabaran berenang sejauh 3.8 kilometer, berbasikal 180 kilometer dan larian marathon sejauh 42 kilometer dengan keseluruhan jarak 226 kilometer dalam tempoh lebih 16 jam.

Pasukan PDRM turut mencatat keputusan membanggakan apabila meraih tempat kedua bagi kategori Relay, manakala Koperal Muhammad Luqmanul Hakim Hamidi menamatkan saingan di tempat ketiga bagi kategori IRONMAN 70.3.

“Penyertaan pasukan PDRM dalam acara berprestij tersebut diharap dapat menyuntik inspirasi kepada seluruh warga pasukan untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat selain memperkukuh imej positif PDRM di mata masyarakat,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI