fbpx
Tangkap layar Anwar ketika sesi temu bual tersebut yang dikongsikan di media sosial belia semalam.

Lepas G-Dragon, PM ulas tentang K-drama pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi ‘menggemparkan’ peminat-peminat karya dari Korea Selatan apabila beliau mengulas secara santai mengenai K-drama dalam satu temu bual, semalam.

Anwar berkata, kebanyakan drama Korea disifatkan sebagai tragis dan menyedihkan, hingga ramai penonton tidak dapat menahan air mata.

“Orang kata semua K-drama sedih, betul lah tu. Yang tengok pun kadang kalah dulu sebelum episod akhir!. Drama Korea semua tragedi, sedih sangat. Kamu tengok, ramai sangat orang menangis,” katanya menerusi video yang dikongsikan di media sosial miliknya.

Beliau ketika ditanya tentang K-drama yang diminati mengakui tiada tajuk tertentu (diminati), namun mendedahkan pernah menonton beberapa filem dari negara itu.

“Saya nak cakap, bukan drama, tapi filem-filem lain yang saya tengok tu pun semuanya tragis, sangat sedih,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Anwar telah menarik perhatian ramai apabila berkongsi video persembahan artis popular Korea Selatan, G-Dragon di media sosial beliau, semalam.

Menerusi perkongsian hantaran itu, Anwar berkata ramai peminat K-Pop di Malaysia memintanya berkongsi persembahan bintang ternama tersebut yang dipercayai berlangsung sempena Majlis Malam Malam Gala APEC 2025.

Kemudiannya, riuh sekali lagi di media sosial apabila bintang K-Pop itu meninggalkan tanda suka pada hantaran video yang dimuat naik Anwar di akaun Instagram beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI