fbpx
LELAKI yang ditahan kerana menyamar sebagai anggota polis di Taman Ipoh Timur Baru, Bercham semalam.

Lelaki menyamar polis cuba minta rasuah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menyamar sebagai anggota polis dan menahan penunggang motosikal di hadapan sebuah restoran di Taman Ipoh Timur Baru, Bercham semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek berusia lingkungan 20-an itu ditahan pada awal pagi susulan maklumat oleh mangsa, mendakwa dia akan disaman kerana melakukan kesalahan trafik.

“Siasatan mendapati suspek telah menahan mangsa dan mendakwa lelaki itu melakukan kesalahan ubah suai motosikal sebelum meminta wang tunai RM300 sebagai sogokan bagi mengelakkan disaman. Mangsa yang curiga dengan tindakan lelaki itu telah menghubungi rakannya yang kemudian memaklumkan kepada polis. Suspek ditangkap bersama barangan yang digunakan untuk penyamaran,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, antara barangan yang dirampas bersama suspek ialah ‘vest’ pantul cahaya, topi dan kasut berlogo Polis Diraja Malaysia (PDRM), dua buah motosikal Yamaha Y15ZR, walkie-talkie dan beberapa pelekat logo rasmi PDRM.

“Suspek direman selama empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam,” katanya.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi satu minit dua saat yang memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota polis trafik menahan seorang penunggang motosikal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN