fbpx
Mangsa, Mohd. Fuad Fahmie (gambar kecil) maut dipercayai ditembak di Sungai Golok, Thailand malam tadi. - GAMBAR HIASAN

Lelaki Malaysia yang ditembak di Sungai Golok maut ketika rawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR MAS – Rakyat Malaysia yang parah selepas dipercayai ditembak dengan lapan das tembakan dalam kejadian di Sungai Golok, Thailand malam tadi meninggal dunia selepas lebih dua jam bertarung nyawa.

Dalam kejdian kira-kira pukul 6.40 petang itu, mangsa, Mohd. Fuad Fahmie Ghazali, 33, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Sungai Golok pada pukul 9 malam.

Ibu Allahyarham, Zaiton Abdul Rahman, 64, berkata, dia mengetahui khabar duka itu selepas menerima panggilan daripada menantunya Wan Fatihah Mat Hussin, 35.

”Saya terkejut apabila mengetahui kejadian itu, namun reda dengan ketentuan Allah SWT. Jenazah anak saya akan dibawa pulang ke sini tengah hari ini.

“Saya tahu arwah terkena lapan das tembakan itu kira-kira pukul 8 malam semasa dia menerima rawatan di Hospital Sungai Golok,” katanya.

Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang lelaki warga Malaysia yang dipercayai mempunyai masalah hutang parah ditembak di sebuah rumah di Sungai Golok, Thailand.

Ekoran kejadian pukul 6.40 petang itu, mangsa yang berasal dari Kampung Kepas Asam, Pasir Mas di Kelantan menerima rawatan di Hospital Sungai Golok.

Jurucakap polis Narathiwat ketika dihubungi berkata, hasil temu bual dengan beberapa saksi di lokasi kejadian mendapati, kes dipercayai berpunca daripada masalah hutang.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati, suspek yang melepaskan tembakan merupakan warga tempatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN