fbpx
Zamri memperolehi PhD kedua dalam bidang penyelidikan pada majlis Konvokesyen UniSZA ke-17, Kuala Nerus hari ini.

‘Ketagih’ buat PhD kali ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Biarpun sudah memiliki dua Doktor Falsafah (PhD), Dr. Zamri Chik, 59, semakin bersemangat untuk menyambung pengajian ke peringkat itu buat kali ketiga.

Sebelum ini, beliau berjaya menamatkan dua pengajian terdahulu dalam bidang pendidikan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Anak jati Felda Jerangau, Dungun yang berpengalaman luas dalam bidang penyelidikan dan analisis itu mengakui perjalanan akademiknya bukan bertujuan mengejar gelaran sebaliknya mahu membantu pelajar dan penyelidik tempatan serta antarabangsa lain.

“Niat saya bukan hendak mengejar nama tetapi membantu mana-mana pelajar yang memerlukan tunjuk ajar,” katanya selepas menerima ijazah PhD istiadat Konvokesyen UniSZA di sini hari ini. Zamri yang melakukan penyelidikan berkaitan Revolusi Perindustrian 4.0 berkata, minatnya terhadap dunia akademik semakin mendalam apabila mendapati mendapati rasa ingin tahu dan semangat belajarnya semakin meningkat setiap kali beliau menyiapkan pengajian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI