fbpx
Fahmi hadir pada Festival Filem Malaysia ke-34 malam tadi.

Kerajaan komited sokong karya tempatan, bakat seni tanah air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi akan terus komited menyokong karya tempatan serta bakat seni tanah air dalam usaha memperkasa industri kreatif negara.

Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil menerusi satu hantaran di media sosial, merakamkan ucapan tahniah kepada semua pemenang Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) atas kejayaan yang membanggakan.

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada semua finalis yang telah menampilkan hasil kerja dan kreativiti terbaik dalam mengangkat martabat industri perfileman negara.

“Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak karya berkualiti tinggi yang mampu menembusi pasaran antarabangsa, sekali gus mengharumkan nama Malaysia di pentas global,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi turut mengucapkan terima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penganjuran Festival Filem Malaysia ke-34.

“Teruskan usaha memperkasa seni filem kita demi masa depan industri kreatif yang gemilang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI