fbpx
FAISAL (tengah) meraikan jaringannya ketika bangkit menewaskan Sabah 2-1 di Likas semalam. - SELANGOR FC

Gergasi Merah mahu lebih konsisten

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KETUA jurulatih Selangor FC, Christophe Gamel berharap pasukan dapat menjadikan kemenangan 2-1 ke atas Sabah FC dalam aksi Liga Super semalam sebagai batu loncatan untuk tampil lebih konsisten musim ini.

Pada perlawanan di Stadium Likas, Kota Kinabalu kelmarin, skuad Gergasi Merah bangkit daripada ketinggalan 0-1 selepas meraih gol hasil penyudah Alvin Fortes dengan kapten, Faisal Halim meledak jaringan kemenangan.

Menurut Gamel, sikap berani pemain di atas padang wajar untuk dipuji kerana bukan mudah untuk meraih tiga mata di gelanggang keramat The Rhinos.

“Saya bangga dengan komitmen pemain sepanjang perlawanan kerana kita tahu betapa sukarnya untuk menang di sini. Mereka berjaya bantu pasukan capai objektif meraih tiga mata penting.

“Keputusan ini dapat memberikan impak yang besar kerana kita tidak mahu ketinggalan terlalu jauh dengan pasukan yang berada di kelompok atasan.

“Justeru, saya harap kita dapat tampil lebih konsisten walaupun berdepan isu jadual padat ketika ini,” katanya selepas tamat perlawanan.

Pengendali Sabah, Jean-Paul de Marigny menyifatkan kesilapan benteng pertahanan menjadi salah satu punca mereka gagal meraih keputusan positif di laman sendiri pada aksi kali ini.

“Sebahagian besar pemain menunjukkan semangat juang tinggi, tetapi kami dihukum kerana beberapa kesilapan terutama di posisi pertahanan.

“Kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pasukan lawan apabila mereka menjaringkan dua gol yang hampir serupa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI