fbpx
HAALAND (duduk) dan Rodri (tiga dari kiri) kembali menjalani latihan bersama skuad utama menjelang pertemuan menentang Bournemouth tengah malam ini. - AFP

EPL: Haaland, Rodri kembali berlatih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Manchester City mendapat tonik positif menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Bournemouth selepas dua bintang utama, Erling Haaland dan Rodri kembali berlatih bersama pasukan.

Kedua-dua pemain itu diketepikan ketika kemenangan Piala Liga Inggeris ke atas Swansea City pertengahan minggu lalu susulan masalah kecergasan.

Pengurus pasukan itu, Pep Guardiola sebelum ini mendedahkan Haaland mengalami sedikit hentakan, manakala Rodri masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan otot.

Dalam aksi di selatan Wales itu, Omar Marmoush mengambil alih posisi penyerang utama dan berjaya membantu City bangkit daripada ketinggalan sebelum menang 3-1 untuk mara ke suku akhir.

Guardiola melakukan rombakan besar dalam kesebelasan utamanya dengan menurunkan pemain muda, Divine Mukasa dan Nico Gonzalez di bahagian tengah, manakala Rayan Ait-Nouri terus diberi peluang selepas pulih daripada kecederaan.

Ketiadaan Haaland ketika itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penyokong, namun City menenangkan keadaan apabila penyerang Norway itu dilihat berlatih bersama rakan sepasukan pada Khamis.

Situasi sama turut berlaku kepada Rodri, meskipun Guardiola lebih berhati-hati terhadap tahap kesediaan tonggak Sepanyol itu menjelang hujung minggu.

“Rodri masih belum bersedia sepenuhnya. Dia sudah mula berlatih secara separuh, tetapi selepas dua kali cedera otot, kami perlu menilai keadaannya minggu ini,” kata Guardiola.

Kehadiran semula dua pemain berpengaruh itu dijangka memberi keyakinan tambahan buat City yang mahu mengekalkan rentak kemenangan selepas permulaan musim yang agak perlahan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI