fbpx
MATETA (kiri) membuka tirai jaringan buat Palace ketika mencatat kemenangan 2-0 ke atas Brentford semalam.

EPL: Crystal Palace tamatkan rekod buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Crystal Palace, Oliver Glasner menarik nafas lega apabila badi tiga perlawanan tanpa menang dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) berakhir selepas menewaskan Brentford 2-0 awal pagi tadi.

Pada perlawanan di Selhurst Park itu, The Eagles tidak mempunyai masalah untuk meraih tiga mata hasil jaringan Jean-Philippe Mateta dan gol sendiri pertahanan lawan, Nathan Collins.

Menurut Glasner, aksi bertemu The Bees memerlukan saingan fizikal yang tinggi dan kecemerlangan barisan pemain pada situasi set-piece menjadi punca utama pasukan dapat kembali berada di landasan kemenangan.

“Kita tidak memiliki banyak masa untuk melakukan latihan kerana jadual yang cukup padat ketika ini selepas mengharungi aksi yang sukar bertemu Liverpool minggu lalu.

“Cuma, kita sudah rancang untuk menguasai set-piece pada beberapa sesi latihan yang diatur kerana kita tahu perlawanan seperti ini, kita tidak boleh bermain secara terbuka dan saya gembira percaturan itu berbaloi,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI