PERTANYAAN anak wanita itu tentang bolehkah dia tinggal di dalam zoo membuatkan si ibu bingung untuk menjawabnya. Namun, tanpa disangka rupanya terdapat program yang dianjurkan membolehkan orang awam berkhemah dan bermalam di dalam zoo. Mengetahui hal itu, Tan Ai Yin tidak melepaskan peluang untuk menunaikan hasrat anaknya dan membuat tempahan program berkenaan yang dianjurkan oleh Zoo Negara dekat Kuala Lumpur. Menurut ibu kepada seorang cahaya mata itu, anaknya amat teruja dengan program berkenaan yang baginya memberi peluang untuk kanak-kanak lebih……














