fbpx
PELANCONG Malaysia ganti warga emas jadi 'pemandu' teksi motosikal. - Foto @cliff_kwj

Asyik salah jalan, pelancong Malaysia bawa sendiri teksi motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang pelancong Malaysia menjadi tular selepas mengalami insiden lucu ketika menaiki  teksi motosikal di Thailand, lapor portal berita Thaiger.

Pelancong dikenali sebagai Clifford itu terpaksa menjadi pengemudi motosikal itu secara spontan di Hatyai.

Ini kerana penunggang motosikal warga emas yang membawanya berulang kali tersalah jalan.

Warga emas itu menjadikan perjalanan lima minit bertukar menjadi lawatan bandar selama 20 minit.

Clifford berkongsi klip video dirinya menunggang motosikal di Thailand dengan penunggang Grab warga emas tersebut menjadi pembonceng di akaun Instagramnya, @cliff_kwj, minggu lalu. 

“Aku sudah berkali-kali cakap dia salah belok, sampai akhirnya aku suruh dia berhenti dan cakap, tidak apa, pakcik, biar saya yang bawa, pakcik pegangkan beg saya je.

“Tetapi, masa aku bawa (kemudi motosikal), dia masih menjerit dari belakang, perlahan sikit,” tulisnya.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI