fbpx
WARGA emas yang dilaporkan hilang sejak empat hari lalu ditemui meninggal dunia dalam parit di kawasan kebun pisang di Kampung Teluk Kerdu, Hutan Melintang, Bagan Datuk hari ini

Warga emas hilang 4 hari ditemui mati dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAGAN DATUK – Tanda tanya kehilangan warga emas sejak empat hari lalu akhirnya terjawab, apabila mayat mangsa ditemukan dalam parit di kawasan kebun pisang di Kampung Teluk Kerdu, Hutan Melintang di sini hari ini.

Mayat Halimah Idris berusia 77 tahun ditemui pasukan penyelamat pada pukul 10.50 pagi tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, operasi mencari mangsa yang masuk hari ketiga itu dijalankan merangkumi sektor A dan B.

Katanya, kedua-dua sektor itu mengikuti jejak terakhir mangsa dalam radius lima kilometer ke persisir sungai menggunakan kaedah ‘sweep search’ dan mengaplikasikan konsep LAST.

“Pada pukul 10.50 pagi, mangsa telah dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat di dalam parit kebun pisang. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang berada di lokasi,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN